Tuesday 16 August 2011

SELANGOR IDAMANKU 10


Sewaktu dalam proses menyiapkan blog mengenai “ SELANGOR IDAMANKU ”, banyak maklumat yang saya perolehi yang berkaitan dengan negeri Selangor. Secara keseluruhannya, negeri Selangor adalah salah satu daripada dua negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain Sarawak. Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia dan merupakan negeri yang terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini merupakan negeri yang termaju di Malaysia dengan mempunyai kemudahan infrastruktur yang terbaik. Namun, masih ada ruang dan beberapa aspek yang perlu diambil kira dan diperbaiki untuk memantapkan lagi status negeri Selangor sebagai negeri yang maju dan berketrampilan dalam semua aspek. Antaranya ialah :

Masalah politik dan pentadbiran :
Semenjak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar ketika ini adalah Tan SriAbdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR). Disebabkan itu, banyak berlaku perselisihan faham dan pentadbiran yang tidak selaras antara Kerajaan Pusat yang diwakili oleh Barisan Nasional dan Kerajaan Negeri yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat.

Cadangan untuk menanganinya :
Rakyat negeri Selangor berhak untuk membuat pilihan kerajaan yang manakah dianggap berkebolehan untuk mentadbir negeri tersebut .Kedua- dua kerajaan pusat juga haruslah menghormati antara satu sama lain meskipun berbeza fahaman politik kerana mereka adalah wakil yang dipilih sendiri oleh rakyat dan seharusnya menumpukan sepenuh perhatian terhadap kebajikan rakyat dan pembangunan negeri tersebut.


Masalah populasi penduduk.
Selangor adalah negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia dengan nilai konurbasi yang  terbesar. Kedudukan geografi Selangor di tengah- tengah Semenanjung Malaysia, menyumbang kepada pembangunan pesat negeri tersebut dan menjadikannya sebagai hab industri di Malaysia. Ini mewujudkan peluang pekerjaan dan menarik pendatang dari negeri-negeri lain serta dari luar negara, terutamanya dari Indonesia, Filipina, Vietnam, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, dan China. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kemasukan pendatang tanpa izin, terutamanya dari Indonesia, Myanmar dan negara-negara yang berjiran dengan Malaysia  terus menyumbang kepada penduduk Selangor. Hal ini menyebabkan banyak timbulnya masalah yang berkaitan dengan pendatang tanpa izin seperti masalah jenayah, pergaduhan dan sebagainya sehingga menyebabkan penduduk berasa takut dan terancam akan keselamatan mereka.


Cadangan untuk menanganinya :
Kerajaan negeri Selangor haruslah sentiasa memantau kedatangan pendatang tanpa izin ke negeri tersebut. Pihak berkuasa tempatan perlulah memepergiatkan lagi operasi untuk menyekat kedatangan mereka. Selain itu, kerajaan negeri juga boleh membuka lebih banyak kaunter pendaftaran untuk pendatang tanpa izin memohon permit menetap di Selangor secara sah supaya kebanjiran pendatang tanpa izin dapat dipantau.


Masalah sistem pengangkutan :
1. perkhidmatan yang ditawarkan tidak sistematik
2. sistem pengangkutan awam yang sering tidak menepati jadual
3. jumlah perkhidmatan yang disediakan tidak mencukupi
4. perkhidmatan awam yang disediakan tidak selesa


Cadangan untuk menanganinya :
Tahap perkhidmatan awam di negari Selangor menghadapi masalah yang perlu diselesaikan oleh pihak kerajaan negeri. Untuk menangani masalah ini, pihak kerajaan haruslah menggerakkan     Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang telah ditubuhkan agar  beroperasi  secara menyeluruh bagi membuktikan  komitmen kerajaan untuk memastikan sistem dan infrastruktur pengangkutan awam negara memenuhi piawai antarabangsa . Oleh itu, kerajaan akan dapat  memastikan sektor pengangkutan mempunyai garis panduan dasar yang jelas dan fokus untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di negari ini.


Masalah bidang pendidikan :
Negeri Selangor mempunyai banyak institusi-institusi pengajian tinggi sama ada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).Namun, bilangan tersebut masih belum cukup untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah sama ada penuntut dari negeri Selangor mahupun dari negeri-negeri lain. Maka, banyak pelajar lepasan SPM, STPM, matrikulasi dan sebagainya tidak dapat melanjutkan pelajaran dan tiada arah tuju.

Cadangan untuk menanganinya :
Pihak kerajaan haruslah mempertimbangkan cadangan untuk menambahkan lagi bilangan institusi pengajian tinggi agar dapat memastikan tiada pelajar yang tercicir dan yang tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Secara tidak langsung, penambahan bilangan institute pengajian tinggi mampu menyumbang kepada kepesatan ekonomi di Selangor kerana kadar penghijrahan ke negeri ini akan bertambah.




Maka, selesailah sudah blog saya mengenai “ SELANGOR IDAMANKU ”. Saya berharap agar negeri Selangor akan terus maju, aman, sejahtera dan seterusnya membantu memacu perkembangan negara Malaysia.
















No comments:

Post a Comment