Tuesday 16 August 2011

SELANGOR IDAMANKU 5


EKONOMI
Negeri Selangor memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan KDNK (keluaran dalam negara kasar) per kapita (PPP) yang tertinggi di Malaysia iaitu sekitar USD33,147 pada tahun 2008, setanding dengan nilai per kapita negara eropah barat dan Hong Kong. Bidang eksport, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi negeri Selangor.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) – 2001 hingga 2005, Selangor Darul Ehsan mencapai banyak kejayaan yang boleh dibanggakan.  Antara yang tersohor ialah kejayaannya menjadi satu-satunya negeri maju di Malaysia, 15 tahun lebih awal dari Wawasan 2020. Ia juga mencapai klasifikasi indeks pembangunan insan yang tinggi mengikut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sepanjang RMK-8 pencapaian ekonomi Selangor menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan dengan kadar purata 5.2 peratus setahun. Selangor berjaya mengekalkan sektor perindustrian sebagai penyumbang terbesar Kadar Dalam Negeri Kasar (KDNK), iaitu melebihi 55 peratus, disokong sektor perkhidmatan hampir 40 peratus dan bakinya pertanian.
            Walaupun perkembangan ekonomi dunia dalam tempoh RMK-9 (2006-2010) dijangka lebih mencabar dan tidak menentu akibat faktor seperti kenaikan harga minyak dan peningkatan kadar inflasi, KDNK dijangka masih dapat meningkat pada kadar purata 6.2 peratus setahun.“RMK-9 dirangka bagi merealisasikan ekonomi negeri yang lebih kukuh dan stabil serta merupakan usaha berterusan penambahbaikan sosioekonomi dan peningkatan kualiti hidup rakyat.” Demikian komitmen dan janji Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo setiap kali berkesempatan menyuarakan mengenai hasrat dan usaha kerajaan negeri  untuk memantapkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri yang sentiasa mendahului negeri-negeri lain di banyak bidang, termasuk ekonomi dan pelaburan. Kerajaan negeri memberi tumpuan kepada 11 cabaran utama dalam usaha melaksanakan perancangan pembangunan negeri yang seimbang daripada segi pembangunan fizikal dan insan. Ia disokong dengan usaha penambahbaikan mekanisme pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan dengan azam semua program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan, mencapai matlamat yang ditujui. Dalam tempoh lima tahun di bawah RMK-9, kerajaan Selangor bersetuju memperuntukkan RM2.7 bilion bagi melaksanakan program pembangunan, dengan tumpuan diberi kepada impak yang terbaik kepada rakyat.Kerajaan sentiasa sedar rakyat mengharapkan pembangunan yang memberi keselesaan dan dapat meningkatkan kualiti hidup mereka.Dalam menjayakan pembangunan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat, Selangor menjadikan Gagasan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui teras-teras utama RMK-9 sebagai panduan.Menurut Dato’ Menteri Besar, pertumbuhan ekonomi Selangor dianggarkan berkembang pada kadar 6.6 peratus pada 2008.“Pertumbuhan positif ini didokong oleh kerancakan sektor perindustrian, perkhidmatan dan pertanian. Justeru, bagi merealisasikan misi YAB Perdana Menteri untuk mengiktirafkan sektor pertanian, pelbagai program telah dilaksanakan di negeri Selangor, dengan menumpukan pertanian berskala besar, berproduktiviti tinggi dan berteknologi moden,” katanya. Dalam tempoh lima tahun ini, prestasi ketiga-tiga sektor itu sangat konsisten.
Sektor perindustrian terus kekal memainkan peranan memacu pertumbuhan ekonomi Selangor (57 peratus), diikuti sektor perkhidmatan (38 peratus) dan pertanian (2 peratus). Dalam sektor perindustrian, tumpuan diberi kepada peningkatan pelaburan swasta dan pelaburan asing.Negeri Selangor telah menetapkan sasaran iaitu dalam tempoh lima tahun RMK-9 jumlah pelaburan yang ditarik adalah sekurang-kurangnya RM35 bilion. Dengan inisiatif SSIC Bhd, yang ditubuhkan kerajaan untuk mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan terunggul di mata dunia, Selangor berjaya menarik RM11.2 bilion pada 2007 dengan memberi peluang pekerjaan antara 35,000 dan 40,000 setahun.
        Kadar pengangguran di Selangor ialah 3.6 peratus (mengikut profil pembangunan Selangor) dengan penyertaan tenaga buruh melebihi 2.1 juta orang. Kadar pengangguran Selangor adalah yang terendah di Malaysia. Pembangunan negara dipacu dengan pantas dengan pelancaran kawasan-kawasan pertumbuhan baru yang diilhamkan Perdana Menteri seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Northern Corridor Economic Region (NCER) dan East Coast Economic Region (ECER). Namun pembangunan kawasan-kawasan ini bukan menjadi saingan malah pemangkin kepada Selangor untuk terus menarik pelaburan ke negeri ini.







Kerajaan negeri telah mewujudkan kawasan pertumbuhan baru yang dikenali sebagai Wilayah Lembah Klang Dua (WLK2) yang meliputi daerah Sepang dan Kuala Langat dengan keluasan kawasan 142,000 hektar sebagai sebahagian daripada Konurbasi Pertumbuhan Nasional atau Konurbasi Kuala Lumpur yang dicadangkan sebagai Zon Pertumbuhan Nasional. Komponen pembangunan di WLK2 yang sedang pesat dilaksanakan ialah Sepang Gold Coast dan Taman Sains Selangor 2. Projek pembangunan Sepang Gold Coast terletak di pantai Bagan Lalang, Sepang, yang dimulakan pada 2003 untuk fasa 1 berkeluasan 4,621 ekar. Ia menumpukan pembangunan perumahan berkonsepkan perumahan high end dengan tumpuan pemasarannya kepada pelanggan luar negara. Taman Sains Selangor 2 pula bermatlamat melonjakkan pelaburan di Selangor. Satu lagi projek besar yang dijalankan untuk menarik pelancong ialah projek tebatan banjir dan Canal City. Di bawah projek ini, sebuah terusan sedang dicipta sepanjang 18 km, merentasi daerah Klang dan Hulu Langat untuk mengurangkan masalah banjir di Lembah Klang. Pembangunan Canal City menumpukan kepada perumahan dan pusat perniagaan dan akan menjadi produk tarikan pelancongan dan sektor perkhidmatan lain.





Perindustrian dan perdagangan

Sektor perindustrian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008, malah ia merupakan nadi ekonomi negara . Selangor mempunyai sector pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta Proton dan Perodua.





Kereta import juga beroperasi di negeri ini seperti Toyota, Nissan, Volkswagen, Ford, Volvo, BMW dan banyak lagi. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranya Panasonic dari Jepun, Procter & Gamble dari Amerika yarikat, Unilever dari Belanda, Nokia dari Sweeden dan banyak lagi. Antara kawasan  perindustrian yang terkenal ialah di Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang, Rawang, Selayang, Ampang Jaya dan Petaling Jaya. Pelabuhan Klang yang merupakan faktor utama kemajuan perindustrian di Selangor, pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang tersibuk dan terpenting di Malaysia. Negeri Selangor juga menjadi tarikan utama pelabur asing dari luar negara.




Pertanian

Selain terkenal dengan perindustrian dan pelabuhan, bidang pertanian juga semakin berkembang maju walaupun hanya menyumbang 3.1% kepada KDNK negeri. Antara kerjayaan yang telah dikecapi adalah seperti Selangor Fruit Valley merupakan pengeluar buah-buahan tropika terbesar dunia seperti belimbing, betik dan pisang. Begitu juga dengan sawah padi di Kuala Selangor yang diurus secara estet dengan kaedah pengairan serta penanaman moden, berjaya mengeluarkan hasil purata sehektar tertinggi di negara ini iaitu lebih 7 tan sehektar. Aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah juga dijalankan di negeri ini.





Perkhidmatan

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang kedua terbesar terhadap KDNK negeri iaitu sebanyak 38%. Dikenali sebagai sektor ekonomi tertier atau sektor ekonomi peringkat ketiga.Sektor perkhidmatan ini tidak mengeluarkan barangantetapi ia membekalkan perkhidmatan kepada pengguna.Contoh sektor perkhidmatan ialah sektor pengangkutan dan perhubungan, kewangan dan insuran, hartanah,perkhidmatan perniagaan, pelancongan,hotel danrestoran, sektor utiliti elektrik,air dan gas, sektor pembinaan infrastruktur serta perkhidmatan kerajaan dan swasta. Di Malaysia, sektor perkhidmatan dikategorikan sebagai industri tertier dan menjadi sektor ekonomi kedua terpenting selepas sektor perkilangan.Sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan sebagai sektor ekonomi utama negara pada masa hadapan.Kini, industri perkhidmatan negara tumbuh dan berkembang pesat sejajar dengan perkembangan pesat industri primer dan sekunder.


Kejayaan

§  Penyumbang Tenaga Buruh & Guna Tenaga Terbesar Di Malaysia - menyumbang 18.5% tenaga buruh Malaysia iaitu Tenaga buruh 2.1 juta , Guna tenaga 2.0 juta , Kadar pengangguran 3.5%.
§  Prestasi Ekonomi Makro Yang Stabil (Kadar Pertumbuhan Dan KDNK Sebenar Selangor (2000-2005) (Harga Asas 1987).
§  Sebuah Negeri Perindustrian - Dalam tempoh RMK8, berjaya menarik pelaburan sebanyak RM29.2 bilion dan menyediakan 105,000 peluang pekerjaan, angka tertinggi di Malaysia.
§  Penyumbang Terbesar KDNK Negara - Negeri Selangor (2004-2005) KDNK 22.8%, Pertumbuhan Ekonomi 6.2%.
§  Selangor Negeri Terkaya Di Malaysia - Pendapatan isi rumah purata meningkat kepada RM5,175 pada 2004 berbanding RM 3,144 pada 2002 merupakan tertinggi di Malaysia. Kadar kemiskinan keseluruhan 2004, 1.0% dan tiada kemiskinan tegar. PGK 2004:RM691 & PGK kemiskinan tegar RM350.

Sumber : Wikipedia ,Google , http://www.scribd.com











No comments:

Post a Comment