Monday 15 August 2011

SELANGOR IDAMANKU 1


 



Flag of Malaysia.svg
Negeri-negeri di Malaysia
سلاڠور دار الإحس
Selangor Darul Ehsan
Bendera SelangorLambang Selangor
BenderaLambang
Cogan kataDipelihara Allah
Lagu negeriDuli Yang Maha Mulia
Lokasi Selangor
Ibu negeriShah Alam
Bandar dirajaKlang
Parti memerintahPakatan Rakyat
 - SultanSultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
 - Menteri BesarTan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Sejarah
 - Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu1895 
 - Penaklukan Jepun1942 
 - Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu1948 
Keluasan
 - Jumlah8104 km²
Populasi
 - Anggaran 20105,462,141
 - Kepadatan674/km²
IPM  (2010)0.810 (sangat tinggi)
Kod panggilan kebangsaan03
Poskod kebangsaan40xxx hingga 48xxx
62xxx hingga 64xxx
Huruf pertama plat kenderaanB
Laman web:http://www.selangor.gov.my




 SELANGOR IDAMANKU


Saya bernama Faiddatul Ajmal Binti Mohamad. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Setelah menamatkan pengajian di tingkatan 6, saya melanjutkan pelajaran di Universiti Selangor (UNISEL) pada 25 Mei 2011 bagi sesi Mei/2011/2012 dalam kursus Asasi Sains. Maka bermulalah penghijrahan saya ke UNISEL yang terletak di negeri Selangor. Sejak itu, saya telah menjadi penduduk negeri Selangor. Banyak yang saya ingin ketahui dan terokai mengenai negeri Selangor kerana negeri ini telah menjadi tempat tinggal yang kedua bagi saya untuk masa sekarang. Dikesempatan ini, selain daripada bertujuan untuk menyiapkan tugasan blog bagi  subjek komputer ( IXA 2114 ) mengenai  “SELANGOR  IDAMANKU ”, secara tidak langsung saya dapat mengenali negeri Selangor dengan lebih dekat. Untuk memulakan tugasan blog saya, saya telah mencari maklumat di laman web Wikipedia untuk mendapatkan maklumat dan pengenalan serba sedikit mengenai negeri Selangor. Inilah hasilnya :


Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan) merupakan salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan danSelat Melaka di sebelah barat.
Negeri ini mengamalkan sistem raja perlembagaan sejak turun-termurun, dan sekarang di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Semenjak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar ketika ini adalah Tan SriAbdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).
Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Selangor adalah satu daripada dua negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain Sarawak. Selangor juga mempunyai bandar yang terbanyak di Malaysia, ini berikutan pembangunan pesat akibat daripada kemodenan di Lembah Klang.
Selangor juga merupakan negeri yang terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini merupakan negeri yang termaju di Malaysia dengan mempunyai kemudahan infrastruktur yang terbaik seperti lebuhraya dan pengangkutan awam. Bilangan penduduk di negeri ini juga, merupakan yang terbanyak di Malaysia dengan kualiti hidup yang tinggi dan kadar kemiskinan negeri yang terendah di Malaysia.


Sumber : Wikipedia dan Google





                                                                                                                 

No comments:

Post a Comment