Monday 15 August 2011

SELANGOR IDAMANKU 4


KERAJAAN DAN PENTADBIRAN

                                                                               Sultan Selangor 
                                                                Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj


                 Negeri    Selangor    mengamalkan    sistem 
raja     berperlembagaan   .    Sultan    negeri      ini
merupakan    Ketua   Perlembagaan   Negeri,     dimana
peranan    kuasa   dan    kewajipan    Sultan    adalah
yang termaktub  dalam perlembagaan tahun 1959. Perlembagaan mengisytiharkan bahawa jawatan Sultan memiliki kuasa sebagai Eksekutif Kerajaan. Baginda adalah ketua agama Islam di negeri ini dan kedudukan tersebut adalah warisan keturunan, dimana ianya hanya boleh dipegang oleh ahli keluarga kerajaan Selangor.  Sejak tahun 2001, gelaran Sultan telah dipegang oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dimiliki oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan ini melantik ahli Dewan untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 10 Mac 2008, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. 



Majlis Eksekutif Negeri
Majlis Eksekutif Negeri,  bersama-sama dengan Sultan Selangor yang memiliki kuasa sebagai Eksekutif Kerajaan telah ditubuhkan dan telah termaktub dalam perlembagaan pada tahun 1959. Ia terdiri daripada Menteri Besar yang juga pengerusi dan sebagai Ketua Kerajaan Selangor, serta sepuluh orang anggota lain. Menteri Besar dan ahli-ahli majlis lain yang telah dilantik oleh Sultan Selangor adalah daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN). Pelantikan dilakukan apabila individu tersebut memenangi kerusi yang terbanyak semasa pilihan raya.


Dewan Undangan Negeri
Negeri juga mempunyai cawangan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri Selangor. Ia memilik peranan yang sama dengan Parlimen tetapi adalah terhad untuk membuat undang-undang yang berhubungan dengan negeri Selangor sahaja. Ahli-ahlinya dipilih dalam pilihan raya yang biasanya diadakan serentak dengan pilihan raya persekutuan. Tempoh perkhidmatan bagi setiap ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah terhad kepada lima tahun. Dewan Undangan Negeri perlu dibubarkan sebelum atau sebaik sahaja ia tamat tempoh untuk pilihan raya yang baru dilakukan.



Selangor terbahagi kepada 9 daerah pentadbiran:
1. Gombak
2 .Hulu Langat
3 .Hulu Selangor
4 .Klang Kuala Langat
5 .Kuala Selangor
6.Petaling
7 .Sabak Bernam
8 .Sepang




                                              Agensi kerajaan negeri

1.      Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor
2.      Pejabat Tanah dan Galian Selangor
3.      Perbendaharaan Negeri Selangor
5.      Jabatan Mufti Negeri Selangor
6.      Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
7.      Jabatan Perhutanan Selangor
8.      Jabatan Pertanian Selangor
9.      Jabatan Kerja Raya Selangor
10.   Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor
11.   Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor
12.   Jabatan Perkhidmatan Haiwan Selangor
13.   Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor
14.   Lembaga Muzium Selangor
16.   Lembaga Zakat Selangor
17.   Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
19.   Majlis Sukan Negeri Selangor
21.   Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
22.   Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
23.   Selcat

Terdapat 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor, iaitu:
1 . Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
2 . Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
3 . Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
4 . Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)
5 . Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
6 . Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
7 . Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
8 . Majlis Perbandaran Kajang (Jab)
9 . Majlis Perbandaran Klang (MPK)
10 .Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
11 .Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
12. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)



 Sumber : Wikipedia dan Google

No comments:

Post a Comment