Tuesday 16 August 2011

SELANGOR IDAMANKU 6


                     PENGANGKUTAN


Sektor ini menjadi sektor perkhidmatan yang kedua terpenting.Industri pengangkutan melibatkan tiga bidang utama, iaitu:

I ) Pengangkutan darat.
Lebuh raya, jalan raya, jalan kereta api,Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Sistem Komuter, Monorel dan  Jalinan Transit Express (ERL).

II ) Pengangkutan air.
Sistem pengangkutan sungai dan laut seperti perkhidmatan feri, kapal pengangkut,sampan dan bot. Perkembangan pesat sistem pengangkutan air menyebabkan munculnya pelabuhan entrepot.  

III ) Pengangkutan udara.
Contohnya,  kapal terbang  dan  helikopter. Kewujudan  lapangan  terbang yang canggih, moden serta bertaraf antarabangsa  membuktikan sistem pengangkutan di Selangor juga mengalami perkembangan pesat.Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia merupakan syarikat pengangkutan udara yang mendominasikan industri penerbangan Malaysia khususnya di negeri Selangor  pada masa kini.

Selangor dihubungkan ke seluruh Malaysia secara menyeluruh melalui udara, jalan dan rel sambungan. Pengangkutan awam di Selangor menjadi sumber  pengangkutan yang terpenting bagi penduduknya untuk urusan seharian. Kebanyakan lebuh raya utama menghubungkan pengguna lebuh raya daripada lebuh raya Pantai Barat  Semenanjung ,  termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, akan melalui negeri Selangor kerana Selangor terletak di tengah-tengah laluan lebuh raya tersebut. Secara tidak langsung, ia membantu memudahkan pengguna lebuh raya untuk sampai ke negeri Selangor dengan lebih cepat dan lancar. 





Jalan raya berkelajuan tinggi (expressways) pula memudahkan pemilik kenderaan  yang  menggunakan lebuh raya ini untuk membuat pilihan sama ada membayar tol secara tunai atau menggunakan kad dimana, nilainya boleh disimpan,  seperti Touch n Go dan SmartTAG.

                                       Damansara-Puchong Expressways






Kuala Lumpur International Airport (KLIA) adalah lapangan terbang utama di negara ini. Lapangan terbang ini terletak di daerah periferi Sepang, Selangor yang berhampiran  dengan sempadan negeri ini dan Negeri Sembilan. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terdiri daripada terminal utama dan Low Cost Carrier  Terminal (LCCT).

                                                                     KLIA




Selangor juga mempunyai lapangan terbang domestik iaitu Lapangan Terbang Subang yang merupakan hab utama bagi penerbangan korporat dan swasta di Asia Tenggara.



Pelabuhan Klang, adalah pintu masuk yang paling untuk sibuk ke Malaysia melalui laluan laut, dimana ianya terletak di hujung barat Selangor.


Perkhidmatan rangkaian keretapi Keretapi KTM ( Keretapi Tanah Melayu ) dan  Komuter banyak terdapat di daerah terpencil dan bandar-bandar yang berhampiran seperti  Kajang,  Pelabuhan Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Rawang, dan lain-lain. Selangor juga dihubungkan dengan perkhidmatan  transit rel ke KL Sentral  Station,  dimana ia adalah hab pengangkutan moden di pusat bandar. 







Sumber : Wikipedia, Google, http://www.scribd.com



No comments:

Post a Comment