Monday, 15 August 2011

SELANGOR IDAMANKU 3


Demografi penduduk dan Agama

Jumlah penduduk Negeri Selangor pada tahun 2010 adalah sejumlah 5,462,141 orang iaitu tertinggi di Malaysia. Peratusan mengikut kaum adalah Bumiputera sebanyak 57.1%, Cina 28.6% , India 13.5% dan lain-lain sebanyak 0.8%. Dari segi anutan pula, Islam merangkumi 57.9%, Kristian 3.8%, Buddha 24.4%, Hindu 11.6% dan lain-lain anutan 2.3%.


Ranking Penduduk di Kawasan Daerah pada tahun 2010:
1 Petaling                                1782375  orang
2 Hulu Langat                          1141880  orang
3 Klang                                     848149  orang
4 Gombak                                 682996  orang
5 Kuala Langat                          222261  orang
6 Sepang                                   212050  orang
7 Kuala Selangor                       210406  orang
8 Hulu Selangor                         205049  orang
9 Sabak Bernam                        106158  orang


Ranking Sepuluh Bandar Raya Paling Ramai Penduduk pada Tahun 2010:
1 Subang Jaya                         1553589  orang
2 Klang                                   1113851  orang
3 Ampang Jaya                          804901  orang
4 Shah Alam                              671282  orang
5 Petaling Jaya                           638516  orang
6 Cheras                                    601534  orang
7 Kajang                                    448243  orang
8 Selayang Baru                         265297  orang
9 Rawang                                  194577  orang
10 Taman Greenwood               157967  orang


Selangor adalah negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia dengan konurbasi terbesar negara iaitu Lembah Klang. Kedudukan geografi Selangor di tengah- tengah Semenanjung Malaysia, menyumbang kepada pembangunan pesat negeri tersebut dan menjadikannya sebagai hab industri di Malaysia. Ini mewujudkan peluang pekerjaan dan menarik pendatang dari negeri-negeri lain serta dari luar negara, terutamanya dari Indonesia, Filipina, Vietnam, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, dan China. Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kemasukan pendatang tanpa izin, terutamanya dari Indonesia, terus menyumbang kepada penduduk Selangor.

Budaya Tradisional
Majoriti budaya tradisional Melayu Selangor dipengaruhi oleh orang- orang Bugis, Johor, Minangkabau serta keturunan Jawa, dan kebanyakan mereka adalah beragama Islam. Keturunan Jawa adalah dominan di daerah pantai barat seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang. Penduduk Selangor juga mempunyai pengaruh etnik Cina dan India, dimana kedua-dua etnik tersebut mempunyai minoriti penduduk yang lebih besar. Sejajar dengan pembangunan tersebut, Selangor mempunyai lebih banyak hubungan dengan negara lain melalui perdagangan, perniagaan, dan pendidikan kerana mempunyai persamaan agama dan budaya.








 Sumber : Wikipedia dan Google

No comments:

Post a Comment